Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan

Jarum Tujuh Bilah


Nama Saintifik:Pereskia sacharosa/saecnarosa


Famili:Cactaceae


Nama Biasa:Jarum tujuh bilah


Nama lain:Bintang tujuh,Pokok kanser,Chat sim Chan


Lokasi dijumpai:Tanaman hiasan


Keterangan


Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar.

Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Pereskia berasal dari Korea tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra.

Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adala sinar matahari yang terang dan iklim tropika. Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak.

Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004.

Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi.

Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat.

Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah.

Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.


Kegunaan


Pereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon(usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.

Terdapat 3 cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang 2 helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam sebanya 1-3 helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya diminum.

Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman teh selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.

Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya sedang giatdijalankan

LOGIN AHLI

STATISTIK LAMAN WEB

028426
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
83
63
146
25666
1978
4516
28426

Your IP: 54.198.119.26
21-05-2018 13:05

PENGUMUMAN

1. Pemborong extract herba batch 2/2017 adalah di minta bersedia kerana shipment dijangka akan sampai pada 4 March 2017.

2. Kepada sesiapa yang berminat untuk menborong kayu gaharu di negeri johor sila hubungi (en Azizul Hadi di talian 0137499448)

3. Kepada Pemborong extract Herba timur tengah batch 3/2017 adalah di minta bersedia dengan List order masing kerana shipment telah sampai dan dijangka akan keluar dari kompleks kastam klang pada hujung minggu ini.

 

TERJEMAHAN

PELAWAT DI TALIAN

Kami mempunyai 43 Para tetamu dan tiada rakan dalam talian

DAPATKAN INFO KESIHATAN TERKINI DI FACEBOOK

DAPATKAN TIPS DAN INFO MAKE UP DI FACEBOOK

LAWATI PAGE FACEBOOK KAMI DAN LIKE

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com