Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan

'Kawan-Kawan Yang Masih Merokok Tu, Berhentilah..." Lelaki ini Kongsi Kisah Hidungnya Terpaksa Dibedah, Biarpun Sudah 5 Tahun Berhenti Merokok

Tiada siapa yang boleh menolak jika perbuatan merokok disamakan dengan perbuatan membunuh diri sendiri. Malah, rata-rata perokok bersetuju perbuatan itu boleh mendatangkan keburukan pada tubuh badan mereka.



Sebelum ini, pernah viral kes seorang lelaki yang bocor paru-parunya akibat merokok. Hari ini, viral pula kes seorang lelaki yang menggunakan nama Facebook Adriz Adil Putra yang menceritakan kisahnya yang terpaksa menjalani pembedahan hidung akibat rokok.

Adriz membuat posting itu di Facebook semalam dan kini telah dikongsi hampir 3,000 kali.

"Assalamualaikum," tulis Adriz memulakan posting tersebut.

"Peringatan kepada kawan-kawan yg masih merokok. Berhenti lah merokok. Saya terpaksa jalani pembedahan bagi memotong tisu dalaman hidung supaya saya boleh bernafas menerusi hidung saya semula.

"Dipendekkan cerita, beginilah.... Saya sudah merokok selama lima tahun. Kini, sudah lima tahun saya berhenti.

"Beberapa tahun selepas saya mula merokok, saya mula diserang asma dan radang hidung dalaman yang menyebabkan saya susah untuk bernafas. 

"Satu hari, saya diserang asma dengan teruk sehinggakan saya nekad berhenti merokok untuk kebaikan.
" tulis Adriz.



Menurut Adriz, biarpun dia sudah lama berhenti, kesan akibat merokok masih lagi 'menghantui' dirinya apabila tisu hidung dalamannya membengkak sehingga dia tidak mampu bernafas melalui hidung.

"Biarpun saya sudah berhenti, semuanya dah terlambat. Bahagian dalaman saya sudah rosak dan semakin teruk. 

"Dipendekkan lagi, saya menerima banyak lagi serangan asma. Selain itu, tisu hidung dalaman saya membengkak sehingga saya tidak mampu bernafas melalui hidung langsung; menyebabkan saya terpaksa menjalani pembedahan," kata Adzrin.

Dalam masa yang sama, Adriz turut menasihati mereka-mereka di luar sana yang merokok supaya berhenti dari membuat perbuatan tidak berfaedah itu.



"Saya tak perlu jelaskan secara terperinci tentang bulan-bulan penderitaan saya. Kesimpulannya, saya sebagai bekas perokok faham yang nak berhenti rokok memang susah. Janji kita cuba. Siapa yang langsung tak ada rasa salah sebab rosakkan diri dengan rokok, padan muka lah bila kau sakit nanti." tulis Adriz sebelum mengakhiri posting itu dengan ayat pendek "Salvation lies within".- sumber siakap keli

LOGIN AHLI

STATISTIK LAMAN WEB

036992
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
73
110
290
33288
3777
3958
36992

Your IP: 54.198.104.202
17-07-2018 05:39

PENGUMUMAN

1. Pemborong extract herba batch 2/2017 adalah di minta bersedia kerana shipment dijangka akan sampai pada 4 March 2017.

2. Kepada sesiapa yang berminat untuk menborong kayu gaharu di negeri johor sila hubungi (en Azizul Hadi di talian 0137499448)

3. Kepada Pemborong extract Herba timur tengah batch 3/2017 adalah di minta bersedia dengan List order masing kerana shipment telah sampai dan dijangka akan keluar dari kompleks kastam klang pada hujung minggu ini.

 

TERJEMAHAN

PELAWAT DI TALIAN

Kami mempunyai 42 Para tetamu dan tiada rakan dalam talian

DAPATKAN INFO KESIHATAN TERKINI DI FACEBOOK

DAPATKAN TIPS DAN INFO MAKE UP DI FACEBOOK

LAWATI PAGE FACEBOOK KAMI DAN LIKE

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com