Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan

 

Sambung Nyawa

Nama Saintifik

Gynura sarmentosa DCCalacia procumbens Lour.

Nama Lain

Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan spinach, Sambung Nyawa, Daun Dewa, Akar
sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (Jawa),
beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina

Famili

Asteraceae

Kegunaan Dan Khasiat
Daun Sambung Nyawa dapat mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang. Biasanya ia dimakan mentah sebagai ulam. Batang tanaman Sambung nyawa sering digunakan untuk meredakan demam

Ia juga, digunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk menghentikan perdarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang haid melancarkan fungsi ginjal, dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), pembengkakkan, serta patah tulang.

 

Patawali

Nama Saintifik

Tinospora crispa(miers)

Nama Lain

Akar seruntun, brotowali, batang wali

Famili

Menispermaceae

 

Ianya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar. Ianya banyak terdapat menjalar dipagar-pagar dan dikawasan rumah lama yang agak terbiar. Seluruh tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit sekali dan selalunya disapu pada payudara untuk memudahkan bayi bercerai susu. Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai 6 mahkota yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah merna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda. Kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakal akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.

Kegunaan dan Khasiat
Dari segi perubatan, batangnya yang berkerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.

Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka.

Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.

Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan. Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan(mengubat demam).

Malah di Filipina tonik ini digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan mental. Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal(boleh dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang. Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit siflis.

 

Letup-letup

Nama Saintifik

Physalis minima

Nama Lain

Wild capegooseberry

Famili

Solanaceae


 Di Malaysia terdapat banyak jenis pokok yang dipanggil dengan nama vernakular letup-letup.

Nama panggilan ini berdasarkan sifat buah pokok-pokok ini yang akan meletup apabila matang dan melepaskan bijinya kepersekitaran untuk pembiakan.

Salah satu pokok yang dipanggil letup-letup ini ialah physalis minima yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan-kawasan pertanian atau kawasan tanah terbiar.

Ia tergolong dalam kategori rumpai. Ia selalunya tumbuh dikawasan bertanah poros(berpasir) yang kaya dengan bahan organik.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba kecil dengan ketinggian mencapai hingga 1.5 meter.

Tumbuhan ini mempunyai bau yang kuat. Daunnya berbentuk oval dan lembut. Baunya kuat.

Buahnya berbentuk beri dan tersimpan dalam kaliks yang mempunyai sepuluh kedutan dan tercantum diatasnya.

Apabila masak, buahnya akan berwarna kuning terang dan kaliks disekelilingnya akan terbuka dan menjadi kering.

Buahnya yang masak mengandungi jus yang kaya dengan vitamin C dan boleh dimakan serta dijadikan jem.

Kegunaan dan Khasiat:
Pokok ini digunakan dalam perubatan sebagai ubat untuk� pening , sakit� pinggang� dan� kanser .

Buahnya yang muda boleh dijadikan ulam. Buahnya yang masak dan dijadikanjus boleh digunakan untuk merawat sakit kerongkong.

Semoga artikel ini dapat memberi maklumat dan panduan kepada semua. Banyak lagi tumbuhan herba tempatan yang mempunyai khasiat dan untuk keguanaan dalam perubatan tradisional. 

Mas Cotek

Nama Saintifik

Ficus Deltoidea

Nama Lain

Sempit-sempit, Tabat barito, Mistletoe� fig, dan Kangkalibang

Famili

Moraceae

 Nama mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea.

Kegunaan dan Khasiat
Selain Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila), mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. Antara khasiat dan kegunaannya ialah untuk mengecutkan rahim, merawat masalah wanita, mengekal awet muda. Boleh mencegah dan menyembuhkan penyakit paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancar peredaran darah , gout dan rawatan sakit kulit, migraine, angina akhmar, memotong kolesterol.

 

Kunyit Hitam

Nama Saintifik

Curcuma Caesia

Nama Lain

Kunyit Hitam, Kali haldi(india), black turmeric, black zedoary

Famili

zingiberaceae

Kegunaan dan Khasiat
Ia digunakan terutamanya untuk merawat ketumbuhan pada sendi( tumor joint). Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kusta dan dikatakan dapat memanjangkan
usia seseorang.

 

LOGIN AHLI

STATISTIK LAMAN WEB

043448
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
96
101
390
39900
3184
1021
43448

Your IP: 54.198.52.82
26-09-2018 13:23

PENGUMUMAN

1. Pemborong extract herba batch 2/2017 adalah di minta bersedia kerana shipment dijangka akan sampai pada 4 March 2017.

2. Kepada sesiapa yang berminat untuk menborong kayu gaharu di negeri johor sila hubungi (en Azizul Hadi di talian 0137499448)

3. Kepada Pemborong extract Herba timur tengah batch 3/2017 adalah di minta bersedia dengan List order masing kerana shipment telah sampai dan dijangka akan keluar dari kompleks kastam klang pada hujung minggu ini.

 

TERJEMAHAN

PELAWAT DI TALIAN

Kami mempunyai 20 Para tetamu dan tiada rakan dalam talian

DAPATKAN INFO KESIHATAN TERKINI DI FACEBOOK

DAPATKAN TIPS DAN INFO MAKE UP DI FACEBOOK

LAWATI PAGE FACEBOOK KAMI DAN LIKE

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com