Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan


Kermak Putih


Nama Saintifik:Alternanthera sessilis


Famili:Amaranthacea


Nama Biasa:Kermak putih, daun tolod


Lokasi dijumpai:Di kawasan berumput


Keterangan


Kermak ialah sejenis tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh bersama rumput. Struktur hampir menyerupai pokok urang aring dan habitatnya juga sama. Ia boleh tumbuh dikawasan lembab dan agak berair hingga ada yang menganggapnya tumbuhan akuatik.


Kegunaan


Kermak biasa digunakan untuk mengubat cirit birit, melancarkan pembuangan najis, mengubat penyakit TB(tuberculosis) dan penyakit kuning. Ekstrak atau jus dari tumbuhan ini boleh diminum. Ia juga boleh dijadikan ulam. Sesetengah berpendapat mengatakan kermak dapat mencuci lemak dan toksid dari badan jika di makan sebagai ulam.


Kenerak 


Nama Saintifik:Goniothalamus Umbrosus


Famili:Annonaceae


Nama Biasa:Kenerak


Nama lain:Selukai, selukai putih


Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar


Keterangan


Pokok kenerak merupakan sejenis pokok renek yang boleh ditemui dihutan dan belukar yang agak tebal

Bunganya berbau sangat wangi, berwarna kuning keputihan ketika mula kembang dan akan berubah menjadi kuning.

Daunnya agak besar dan lebar berukuran lebih kurang 20 cm panjang dan 7 cm lebar.

Ia boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang.


Kegunaan


Secara tradisinya kenerak digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit seperti barah rahim.

 Ia juga digunakan sebagai penjarak kehamilan dan tonik selepas bersalin.

Secara saintifik ia terbukti merupakan tumbuhan yang mempunyai ciri anti kanser (kulit batangnya).

Styrylpyrone derivative (SPD) ialah ialah bahan aktif yang diekstrak dari kenerak.

Ia terbukti dapat menyeimbangkan pertumbuhan sel kanser (kanser payudara) dengan cara meningkatkan kematian sel barah.

SPD dijangka akan berada dipasaran pada tahun 2005.

Kajian terhadap kenerak dan SPD yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari UKM telah memenangi Pingat Emas dalam pertandingan ciptaan dan teknik baru yang berlangsung di Geneva switzerland pada tahun 2000.

Kadok

Nama Saintifik

Piper sarmentosum

Nama Lain

Sireh duduk

Famili

piperaceae

 

Kaduk ialah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicicah dengan sambal belacan. Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.

Kegunaan dan Khasiat:

Merawat penyakit sembelit,sakit gigi,sakit malaria, cacing, lemah dan sakit dalam tulang, batuk dan panau

Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau tersebut.

 


Kari


Nama Saintifik:Murraya Koenigii


Famili:Rutaceae


Nama Biasa:Kari


Nama lain:Karipulei, curry leaves


Lokasi dijumpai:Diperkarangan rumah


Keterangan


Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.

Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari.

Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit.

Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi.

Berasal dari India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika.

Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral.

Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang.

Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.

Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi : 66.3% kelembapan, 6.1% protein, 1.0% lemak, 16.0% karbohidrat, 6.4% fiber, Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.


Kegunaan


Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india.

Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman.

Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.

Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.

Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis

Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.

Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya dididihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.

Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

Kacang Telang


Nama Saintifik:Clitoria ternatea


Famili:Kekacang


Nama Biasa:Kacang telang


Nama lain:Butterfly pea, blue pea


Lokasi dijumpai:Tumbuhan meliar


Keterangan


Kacang telang atau nama saintifiknya clitoria ternatea dari famili Fabaceae juga dikenali dengan nama butterfly pea, blue pea. Di kelantan ia juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Tumbuhan ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) dan tanah perlu lembab sepanjang masa. Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar. Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pada trailis ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun. Untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.


Kegunaan


Kacang telang telah dipercayai turun-temurun berkhasiat untuk melebat dang menghitamkan rambut. Ia juga mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Selain daripada itu kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik adalah untuk mengelakkan keguguran batangnya dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Daunnya dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit. Bunganya juga boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulcer mulut. Ia juga dapat merawat insomnia.

LOGIN AHLI

STATISTIK LAMAN WEB

036942
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
23
110
240
33288
3727
3958
36942

Your IP: 54.198.104.202
17-07-2018 05:19

PENGUMUMAN

1. Pemborong extract herba batch 2/2017 adalah di minta bersedia kerana shipment dijangka akan sampai pada 4 March 2017.

2. Kepada sesiapa yang berminat untuk menborong kayu gaharu di negeri johor sila hubungi (en Azizul Hadi di talian 0137499448)

3. Kepada Pemborong extract Herba timur tengah batch 3/2017 adalah di minta bersedia dengan List order masing kerana shipment telah sampai dan dijangka akan keluar dari kompleks kastam klang pada hujung minggu ini.

 

TERJEMAHAN

PELAWAT DI TALIAN

Kami mempunyai 7 Para tetamu dan tiada rakan dalam talian

DAPATKAN INFO KESIHATAN TERKINI DI FACEBOOK

DAPATKAN TIPS DAN INFO MAKE UP DI FACEBOOK

LAWATI PAGE FACEBOOK KAMI DAN LIKE

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com