Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan

Hempedu Bumi


Nama Saintifik: Andrographis Paniculata


Famili:Acanthaceae


Nama Biasa:Hempedu bumi


Nama lain:Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita


Lokasi dijumpai:Malaysia, Thailand, India, Indonesia


KETERANGAN


Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita.

Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut.

Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak.

Tingginya boleh mencapai 60-70 cm.

Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang.

Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.


KEGUNAAN


Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi di samping merawat kencing manis.

Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum.

Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat.

Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak.

Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan. Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita.

Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.

Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita.

Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar.

Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam.

Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga.

Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu.

Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu.

Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya.

Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.


HATI HATI


Nama Saintifik:Coleus Blumei


Famili:Labiatae


Nama Biasa:Hati-hati


Nama lain:Nilam, bangun-bangun, ati-ati


Lokasi dijumpai:Tanaman hiasan


KETERANGAN


Pokok hati-hati terdapat dalam banyak warna antaranya ungu dan hijau serta campuran merah jambu dan hijau. Pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan tutup bumi.


KEGUNAAN


Daun hati-hati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. Caranya ialah dengan cara menumbuk beberapa helai daunnya dan dicampur dengan air, kemudian tapis airnya untuk diminum dua kali sehari. Selain itu campuran daun hati-hati, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk mengecutkan rahim. Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai daun hati-hati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Ramas(upar) daun bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum tidur.Daun ini boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secawan, campurkan sedikit gula batu dan minum.

Gandarusa

Nama Saintifik

Justicia Gendarussa Linn

Nama Lain

Daun Rusa(Melayu), Gendarussa(English

Famili

Acanthaceae

 

Kegunaan dan Khasiat:
Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang patah, rheumatik dan bisul. Cara penggunaannya , untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan diampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul.

Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum. Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam. Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakit
kepala, mata dan telinga.

Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.

 

Gelenggang Besar

Nama Saintifik

Cassia alata Linn

Nama Lain

Gelenggang Besar

Famili

Leguminosae

Gelenggang ialah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar.Pokok ini biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki.Ia mempunyai bunga yang berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang.Daunnya berbentuk bilateral dan berlawanan secara simetri,daunya akan tertutup pada waktu malam.Buahnya berada dalam kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat.

Kegunaan dan khasiat
? Tumbuhan Cassia alata Linn ini boleh mengubati penyakit kulit seperti kurap, kudis dan panau� dengan kaedah mengikis permukaan kulit yang dijangkiti. Kemudiannya ramas daunnya bersama minyak tanah dan kapur, lalu digosok pada bahagian yang terkena jangkitan.

Manakala daunnya juga boleh dimakan sebagai ulam bagi merawat sembleit dan digunakan bagi membalut tungku bagi kegunaan selepas wanita bersalin. Tumbuhan ini juga didapati mujarab untuk merawat sembelit, penyakit cacacing serta ulser mulut (seriawan mulut)

Kajian sanitifik mendapati ia mengandungi chrysophanol, emodin, allo-emodin, tannin dan rhein yang bersifat antifungal.

**Amaran, perempuan mengandung, menyusukan akan dan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun dilarang menggunakan persediaan ini. Orang yang mengidap penyakit seperti cirit birit atau masalah ulser perut juga dicegah dari menggunakannya. Pengambilan daunnya yang berlebihan boleh mendatangkan kematian, bagi haiwan terutamanya disebabkan keracunan oleh asid krisofonik.


Dukung Anak


Nama Saintifik:Phyllanthus Niruri


Famili:Eurphorbiaceae


Nama Biasa:Dukung Anak


Nama lain:Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)


Lokasi dijumpai:Di tepi longkang dan di kawasan pertanian


Keterangan


Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat indonesia , tumbuhan in termasuk dalam famili Eurphorbiaceae. Selalunya tumbuh di kawasan yang tanahnya agak keras, seperti di celah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar. Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat, daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Ia adalah herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm. Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunya bunga-bunga kecil yang banyak . Terdapat dua jenis bunga; bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia,Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan cuba. Di kebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal.


Kegunaan


Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria dan asma. Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah (dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India). Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap. Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam. Ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular. Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.


Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B, dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37, iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai. Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa, tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan. Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.

LOGIN AHLI

STATISTIK LAMAN WEB

050170
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
216
322
1319
45887
2642
3527
50170

Your IP: 54.82.73.21
15-11-2018 18:50

PENGUMUMAN

1. Pemborong extract herba batch 2/2017 adalah di minta bersedia kerana shipment dijangka akan sampai pada 4 March 2017.

2. Kepada sesiapa yang berminat untuk menborong kayu gaharu di negeri johor sila hubungi (en Azizul Hadi di talian 0137499448)

3. Kepada Pemborong extract Herba timur tengah batch 3/2017 adalah di minta bersedia dengan List order masing kerana shipment telah sampai dan dijangka akan keluar dari kompleks kastam klang pada hujung minggu ini.

 

TERJEMAHAN

PELAWAT DI TALIAN

Kami mempunyai 20 Para tetamu dan tiada rakan dalam talian

DAPATKAN INFO KESIHATAN TERKINI DI FACEBOOK

DAPATKAN TIPS DAN INFO MAKE UP DI FACEBOOK

LAWATI PAGE FACEBOOK KAMI DAN LIKE

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com