Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan
Herbsrich
Tangkas Tanpa batasan


Cempaka telur


Nama Saintifik:Michelia Pumila/Talauma pumila Bl


Famili:Magnoliaceae


Nama Biasa:Cempaka telur


Nama lain:Dwarf magnolia, cempaka gondok, magnolia coco, egg magnolia


Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar dan hiasan


Keterangan


Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang amat wangi terutamanya diwaktu malam. Ia boleh mencapai ketinggian antara 3-6 kaki (1-2 meter). Jika ditanam di dalam pasu ia perlu disiram setiap hari supaya tanahnya tidak kering. Tumbuhan ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang cukup untuk membesar dan berbunga
Kegunaan
Bunganya boleh digunakan untuk mengubati keputihan, batuk berkahak, insomania dan kecederaan traumatik

Cekur

Nama Saintifik

Kaempferia galanga Kaempferia

Nama Lain

Indian Copperleaf,India Acalypha

Famili

Zingiberaceae

 

Kegunaan dan Khasiat
Meransang selera
Membuang angin
Ibu bersalin melancarkan buang air
Menghilangkan gatal tekak
Mengurangkan bengkak

 


Bebuas
Nama Saintifik: Premma Cordiflora
Famili: verbenaceae
Nama Biasa: Bebuas
Lokasi dijumpai: Tumbuh meliar di tepi hutan.di sarawak

Keterangan
Bebuas banyak dijadikan ulam oleh masyarakat melayu . Pucuknya yang rangup dan mempunyai rasa sedikit pahit menambahkan lagi selera makan.
Kegunaan
Antara khasiat pokok bebuas bila dimakan mentah sebagai ulam ialah ia dapat membuang angin dalam badan dengan cepat. Air rebusan pucuk bebuas pula boleh menolong untuk mengatasi masalah kecacingan dan menambah air susu

Cara yang biasa digunakan ialah dengan meminum air rebusan atau dijadikan sebagai ulaman dan dimakan bersama nasi.

Unik tak pokok ini? Bila tengok pokok ni keluarkan buah memang cantik.. tak pasti pulak buah pokok ni boleh makan ke tak.. Anda ada tanam ke pokok ni di depan rumah anda. Boleh kongsikan cerita di sebalik pokok ini..

 

Buas-buas atau bebuas dengan nama saintifiknya Premma cordiflora mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Pokok Buas-buas dipercayai dapat membuang angin dalam badan, mengatasi masalah cacing pada kanak-kanak dan menambah air susu ibu. Selain itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan hanyir ikan.

Bunga Cina / Melur Cina


Nama Saintifik: Gardenia Augusta


Famili:Rubiaceae


Nama Biasa: Bunga Cina / Melur Cina


Nama lain: Kacapiring, gardenia


Lokasi dijumpai: Di halaman rumah, taman-taman bunga


Keterangan
Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. Warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.Tumbuhan ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah ditempat yang beriklim agak sejuk seperti dikawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter. Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang kesemua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. Pastikan air mencukupi bagi menggalakkanpertumbuhan akar. Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang sangat harum.

 


Kegunaan


Boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis, seriawan, demam dan sembelit. Caranya untuk kencing manis ambil 12 helai bunga cina direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk seriawan pula, ambil 7 helai daunnya diramas dengan secawan air lalu ditapis dan dicampurkan dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu. Minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air yang dicampur dengan gula batu lalu diminum 2 kali sehari. Bagi merwat sembelit pula ambil 3 biji buahnya direbus dengan 2 gelas air sehingga mendidih yang berbaki hanya satu gelas sahaja.

Bangun-bangun

 

  • Nama Tempatan: Bangun-bangun
  • Nama Saintifik: Solenostemon amboinicus
  • Nama Lain: Ati-ati hijau, allspice
  • Famili: Labiatae
  • Lokasi dijumpai: Di tanam sebagai rempah dan ulam

Nama saintifiknya Plectranthus amboinensis dari keluarga Labiate. Pada setengah tempat bangun-bangun dipanggil sebagai pokok ketumbar (bukan Cariandrum sativum). Daunnya tebal seperti daun ati-ati, di mana kedua belah permukaannya kesat serta berbulu dan jika diramas mengeluarkan aruma yang wangi dan berangin.

Batangnya lembut berwarna hijau muda dan mudah melendut ke tanah. Daunnya terbit disepanjang batang dan di pangkal daun pula akan tumbuh cabang-cabang kecil menjadikan pokok ini mudah merimbun. Ia mudah hidup dengan hanya memetik batangnya untuk tujuan baka.

Renek herba sederhana boleh tumbuh setinggi 1.2m. Batang berair, bersegi empat, berwarna hijau ketika muda dan bertukar hijau keperangan setelah matang. Daun tunggal, bersaiz sederhana besar, berbentuk bujur dengan hujung meruncing, lebar di bahagian bawah, tepi bergerigi sederhana besar, tebal, bertangkai sederhana panjang, tersusun bersetentangan dan mempunyai aroma yang kuat menyerupai bau jintan hitam. Keterangan

Pokok bangun-bangun atau dikenali juga dengan ati-ati hijau biasa ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa dalam masakan.Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak. Ia juga dijadikan ramuan untuk nasi ulam.

Bangun-bangun senang membiak melalui keratan batang dan daun.Medium pilihan ialah tanah gembur yang mempunyai pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari.

Kegunaan

Bangun-bangun terkenal dalam perubatan melayu dan cina terutamanya untuk menjadi penawar kepada batuk,mual-mual , sakit kepala dan masalah pencernaan. Caranya sehelai daun bangun-bangun diseduh dengan air panas dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum.Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis.

Daunnya yang dilumatkan dapat menjadi penawr gigitan serangga bisa dan kulit melecur dengan cara menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada bahagian yang terlibat.

Khasiat

Bangun-bangun mengandungi air, gula, karbohidrat, serat, mineral, vitamin, alkoloid, musilaj (lendir), polifenol, saponin, glikosida flavonol, vitamin C, vitamin B1, vitamin B2, beta karotin, niasin, karvakrol, kalsium, lemak, protein, dan minyak volatil.

Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah yang tidak lancar, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir. Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan.

Membantu mengubati Batuk, Asma atau Sakit Kepala. caranya rebuskan dulu daun bangun bangun ini untuk mendapatkan ekstraknya sebelum diminum sebagi jus atau tonik. Orang yang pitam juga boleh dikejutkan dengan menyuakan ramasan daun tadi kepada mereka.

Antara khasiat daun bangun-bangun

  • Jus dari daunnya boleh melegakan batuk dan asma. Rebus kira-kira segenggam daunnya hingga mendidih dan minum setelah suam.
  • Daunnya berbau wangi dan boleh dijadikan ulam. Ada juga yang menjadikannya sebagai aroma dalam minuman teh.
  • Bagi sakit kepala, ramas daunnya dan lekapkan pada dahi pesakit. Bagi menyedarkan orang yang pitam pula, ramasan daun hendaklah didekatkan pada hidung.
  • Bagi penawar untuk gigitan binatang, tumbuk daunnya dan ditampal pada bahagian yang digigit.
  • Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir.
  • Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan

 

Penanaman

Pokok bangun-bangun mudah ditanam dengan batang atau biji benihnya. Ia tahan lasak dan kurang perosak dan penyakit menyerangnya.Pokok Bangun-bangun (Plectranthus amboinicus) perlu dipangkas selalu untuk menghasilkan tanaman yang subur. Kalau dibiarkan tanpa dituai pokok akan menjadi terlalu tinggi dan renggeh.

 

LOGIN AHLI

STATISTIK LAMAN WEB

036940
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
21
110
238
33288
3725
3958
36940

Your IP: 54.198.104.202
17-07-2018 05:18

PENGUMUMAN

1. Pemborong extract herba batch 2/2017 adalah di minta bersedia kerana shipment dijangka akan sampai pada 4 March 2017.

2. Kepada sesiapa yang berminat untuk menborong kayu gaharu di negeri johor sila hubungi (en Azizul Hadi di talian 0137499448)

3. Kepada Pemborong extract Herba timur tengah batch 3/2017 adalah di minta bersedia dengan List order masing kerana shipment telah sampai dan dijangka akan keluar dari kompleks kastam klang pada hujung minggu ini.

 

TERJEMAHAN

PELAWAT DI TALIAN

Kami mempunyai 5 Para tetamu dan tiada rakan dalam talian

DAPATKAN INFO KESIHATAN TERKINI DI FACEBOOK

DAPATKAN TIPS DAN INFO MAKE UP DI FACEBOOK

LAWATI PAGE FACEBOOK KAMI DAN LIKE

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com